Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung, ahli, pejuang serta pencinta basikal klasik sekalian ke laman blog Puchong Classic Bicycle Club atau nama singkatannya PCBC. Secara tidak rasminya ditubuhkan pada 1hb Februari 2013. Alamat laman blog ini pula ialah puchongcbc.blogspot.com. Seperti gelaran nama yang diberikan, kelab ini berpangkalan atau beroperasi di sekitar kawasan Puchong, Selangor. Setakat waktu ini dan memandangkan kelab ini baru ditubuhkan tak sampai sejengkal jagung, PBCB telah mempunyai ahli seramai sepuluh orang yang rata-rata menetap di sekitar Puchong.
PCBC ditubuhkan dengan tiga prinsip matlamat utama:-
- Memberi kesedaran dan minat kepada masyarakat akan kerancakan aktiviti berbasikal klasik di kawasan setempat.
- Menyatukan ahli-ahli bagi membentuk satu komuniti berbasikal klasik yang akrab lagi harmoni.
- Menjadi platfom kepada pelbagai aktiviti riadah berbasikal disamping perantaraan informasi mengenai acara rasmi dari kelab-kelab basikal klasik yang lain.
Oleh itu, penulis yang mewakili PCBC (juga pengarang/pemilik blog Budiman Berbasikal Klasik) mengalu-alukan penglibatan dari semua lapisan masyarakat tidak kira dekat mahupun jauh. Penyertaan adalah senantiasa terbuka. Maka sama-samalah kita menyokong komuniti ini bagi memeriahkan lagi dunia berbasikal klasik.
No comments:
Post a Comment