Monday, 18 February 2013

Laporan Kayuhan Basikal Klasik BES

Nama acara Kayuhan Basikal Klasik "BES" Negeri Selangor 2013
Penganjur :  Majlis Perbandaran Klang & Port Swettenham Bicycle Classic
Tarikh :  17 Februari 2013 (Ahad)
Lokasi :  Stadium Sultan Sulaiman Klang


Seramai hampir 300 peserta telah menjayakan acara ini. Kebanyakan mereka terdiri dari badan-badan kelab basikal klasik yang datang dari pelbagai negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Diantara nama-nama kelab yang menyertai acara ini adalah seperti berikut (mengikut turutan daerah/negeri dari selatan ke utara) :-
  1. Koplakers Melaka, 
  2. Basikal Melaka,
  3. Kelab Sepeda Tua Melaka, 
  4. Kelab Basikal Tua Batu Berendam, 
  5. Kelab Basikal Tua Taman Putra, 
  6. Kelab Basikal Klasik Kampung Kundang, 
  7. Rock 7 Sijangkang, 
  8. Kelab Basikal Klasik Jalan Khamis, 
  9. Kelab Basikal Antik Puncak Alam,
  10. Kelab Sepeda Klasik Kinta, 
  11. dan wakil-wakil individu serta nama kelab yang mungkin penulis terlepas pandang.
Disamping itu seramai lapan anggota atau ahli dari Puchong Classic Bicycle Club (PCBC) telah menyertai acara ini. Segala aktiviti yang dijalankan telah berlangsung dengan baik gara-gara bantuan dan kawalan rapi oleh pihak polis trafik serta para penguatkuasa MPK. Turut memeriahkan suasana bilamana para peserta dihidangkan dengan kepelbagaian acara seperti cabutan bertuah, pertandingan basikal tercantik, basikal terbaik, busana tercantik dan penyertaan kelab teramai. PCBC tidak ketinggalan merasa habuannya apabila salah seorang ahlinya iaitu saudara Razali Karimin telah berjaya memenangi tempat nombor tiga dalam kategori pertandingan "basikal khas". Manakala penulis sendiri juga agak bernasib baik bilamana telah dipilih dalam salah satu cabutan bertuah.

Secara keseluruhannya, pihak PCBC beserta semua kehadiran ahlinya amat berpuas hati dengan kelancaran program ini. Apatah lagi ia merupakan penyertaan sulong lagi julong kalinya buat PCBC yang baru ditubuhkan. Dengan itu penulis mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli baru tidak kira dekat mahu pun jauh beratus batu. Matlamatnya hanya sekadar membentuk komuniti berbasikal klasik yang aktif, akrab lagi muhibbah. Akhir kata PCBC dengan gandingan usaha sama Budiman Berbasikal Klasik akan senantiasa menyokong kepelbagaian acara dan aktiviti berbasikal klasik di masa akan datang.

Susunan basikal-basikal klasik yang gah berbaris rapi sebelum kayuhan.
Berhenti di perhentian pertama iaitu Istana Alam Shah untuk sesi bergambar.
Aksi kayuhan yang santai oleh ahli-ahli Puchong Classic Bicycle Club
Diantara ahli-ahli dari Puchong Classic Bicycle Club

Barisan basikal klasik milik ahli-ahli PCBC
Pelbagai gaya busana yang sememangnya memeriahkan lagi suasana.

Bulatnya roda basikal umpama bentuk bumi,
Semangat mengayuh hingga ke negara Sudan,
Marilah sahabat sekalian menyertai kelab kami,
Berbasikal klasik sambil beriadah menyihatkan badan.


2 comments:

  1. hi.. ada contact number?
    contact saya 016-3863900.
    saya berminat nak mula join basikal classic group

    ReplyDelete
  2. hi.. ada contact number?
    contact saya 016-3863900.
    saya berminat nak mula join basikal classic group

    ReplyDelete